Program pengajian separa masa memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung mingga serta menambah pengetahuan dan kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep “Learn as You Earn”.
Program ini akan dilaksanakan selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad kecuali pada minggu cuti semester dan cuti pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.
Yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 2,000 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Syarat kemasukan terkini bolehlah merujuk kepada portal Bahagian Pengambilan Pelajar (BAP) seperti berikut: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp
* Bagi program-program lain yang tidak ditawarkan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) tetapi ditawarkan di Politeknik lain, bolehlah merujuk kepada portal Bahagian Pengambilan Pelajar (BAP)